Khutbatul Hajah

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا من وشيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون يا أيها الناس اتقواربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالاً كثيراًونساءً واتقوا الله الذي تساءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيباً يا أيها الذين آمنوااتقوا الله وقولوا قولاً سديداً يصلح لكم أعمالكم ويغفر لكم ذنوبكم ومن يطعالله ورسوله فقد فاز فوزاً عظيماً اما بعد فإن أصدق الحديث كتاب الله وخير الهدي, هدي محمد صلى الله عليه وسلم, وشر الأمور محدثاتها, وكل محدثة بدعة, وكل بدعة ضلالة, وكل ضلالة في النار أو كما قال النبي صلى الله عليه وسلم Sesungguhnya segala puji (hanyalah) bagi ALLAH, kami memujiNya, kami memohon pertolongan kepadaNya,dan kami memohon ampunan (hanyalah) kepadaNya. kami berlindung dari keburukan-keburukan diri kami dan kecacatan-kecatatan amalan-amalan kami. Siapa yang diberi petunjuk ALLAH maka tiada yang dapat menyesatkannya, dan siapa yangdisesatkan maka tiada yang dapat menberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwasannya tiada tuhan -yang berhak disembah- kecuali ALLAH , Yang tiada sekutu bagiNya,dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan (sekaligus) utusanNya.ALLAH berfirman (yang ertinya) : "Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan taqwa yang sebenar-benarnya, janganlah kamu semua mati kecualidalam keadaan Islam." [Ali Imraan : 102]"Hai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dandaripadanya ALLAH menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga danmengawasikamu." [An-Nisaa' : 1]"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada ALLAH dan ucapkanlah perkataan yang benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati ALLAH dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."[Al-Ahzab : 70-71]Amma ba'du :Sesunggunya sebenar-benar perkataan adalah Kalam ALLAH, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (perkara baru dalam agama) dan setiap yang diada-adakan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat.Shahih HR Bukhari (2652) and Muslim (2533)

Masyarakat Islam

Masyarakat Islam Membentuk Negara Islam yang Sempurna

Semasa saya menghadiri satu temuduga untuk mendapatkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke Mesir, saya ditanya oleh panel penemuduga tentang negara Islam Malaysia. Alhamdulillah, para pemerintah begitu tegas dalam mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Malaysia walaupun satu ketika dahulu muncul isu untuk 'mengkristiankan' Malaysia sehingga menimbulkan kebimbangan kepada seluruh masyarakat Islam Malaysia. Namun, adakah cukup sekadar termaktub dalam perlembagaan? Adakah cukup sekadar kita risau agama rasmi Malaysia diubah? Risau itu memang perlu tetapi usaha untuk mewujudkan suasana Islam itu jauh lebih perlu. Syukur kepada Allah atas ketegasan pemerintah mempertahankan Islam di Malaysia agar usaha untuk mewujudkan suasana Islam dapat terus dilaksana. 


                 Dalam mengejar impian menjadi sebuah negara Islam yang sempurna, tidak dinafikan peranan masyarakat dalam hal ini. Masyarakat merupakan tunjang sesebuah negara. Kejayaan Rasulullah s.a.w dalam membentuk negara Islam Madinah bermula dengan penerapan aqidah yang kuat dalam kalangan masyarakatnya. Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua yang menuntut masyarakat Madinah agar berpegang teguh dengan agama Allah merupakan faktor asas kejayaan Rasulullah s.a.w dalam mewujudkan suasana harmoni berteraskan Islam di Madinah sehinggakan Yahudi Madinah tidak mampu berbuat apa-apa kerana kekuatan masyarakat Muhajirin dan Ansar  terhadap pegangan Islam yang disebarkan oleh Rasulullah s.a.w. Jelas, andai masyarakat berpegang teguh dengan prinsip ini, nescaya negara Islam yang sempurna akan menjadi kenyataan. Kita harus mengambil peluang daripada isi kandungan Perlembagaan Persekutuan yang telah dirangka, Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Usaha dakwah boleh kita jalankan tanpa ancaman.


                 Untuk membicarakan ciri-ciri masyarakat Islam yang ingin kita lahirkan, saya suka mengambil contoh dan huraian Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam karyanya yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan.


Buku ini menceritakan ciri-ciri yang sepatutnya ada bagi masyarakat Islam


Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyentuh setiap aspek masyarakat daripada aspek akidah, syariah, pemikiran, budaya, akhlak sehinggalah aspek hiburan serta wanita bagi menggambarkan keluasan Islam sebagai agama yang syumul dan bukan hanya tertumpu kepada politik, ekonomi mahupun hukum hudud semata-mata. Firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu."                                                                   (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Oleh itu, perbincangan mengenai penubuhan negara Islam bukan sekadar bergantung kepada pelaksanaan hukum hudud sahaja tetapi perlu disertakan dengan pengamalan Islam oleh masyarakatnya. Berfikir dengan pemikiran Islam, berakhlak dengan akhlak Islam, berhibur dengan hiburan Islam. Inilah wasatiyyah, kita mengambil dan mengamalkan keseluruhan yang ada dalam Islam bukan sekadar mengambil juzuk dalam Islam. Pengamalan keseluruhan isi kandungan Islam amat penting dan bakal menghapuskan banyak gejala kebejatan moral yang melanda umat Islam.

                   Beraqidah dengan aqidah islamiyyah dan bersyariat dengan syariah islamiyyah akan mengelakkan gejala murtad dan ajaran sesat serta fahaman syiah yang semakin mendapat tempat. Berfikir dengan pemikiran Islam akan mengelakkan fahaman liberalisme, sekularisme mahupun pluralisme. Berakhlak dengan akhlak Islam akan mengelakkan gejala zina, ketagihan dadah, buang bayi dan akan menyelesaikan banyak masalah yang 'memeningkan kepala' yang melanda umat Islam ketika ini. Maka, perlunya penerapan Islam dalam segenap aspek kehidupan agar keharmonian dicapai dan hukuman hudud datang sebagai penyelesaian bagi sesiapa yang cuba menggugat keharmonian yang dikecapi. Inilah pentingnya keseimbangan. Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqalani telah menghasilkan satu karya, At-Targhib wa At-Tarhib yang bermaksud Galakan dan Ancaman. Fungsinya bagi membuktikan keseimbangan dalam Islam, kita menggalakkan kebaikan dan kita mengancam sesiapa yang membuat kejahatan dan kemungkaran, bukan sekadar mengancam namun tiada galakan. Begitulah juga dengan konsep Al-Amr bil Ma'ruf wa An-Nahy an Al-Munkar, bukti wujudnya keseimbangan dan kita tidak condong ke arah satu perkara semata-mata.

                    Pandangan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi akan saya utarakan dari semasa ke semasa. Ini sekadar pendahuluan dan 'pemanas badan' bagi membincangkan aspek-aspek masyarakat Islam bagi membentuk sebuah negara Islam yang sempurna yang kita semua idam-idamkan. Andai ada kesilapan dan kesalahan, saya menerima teguran dan nasihat dengan hati yang terbuka bagi kemaslahatan bersama. Saya berpegang kepada kata-kata Al-Imam Malik bin Anas :

"Setiap kata-kata boleh diterima mahupun ditolak kecuali kata-kata pemilik makam ini(Nabi Muhammad s.a.w)"

Wallahua'lam






Aspek Pertama - Akidah dan Keimanan

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi membahagikan perbincangan akidah ini kepada 3 unsur utama :

1. Tidak mencari Tuhan selain Allah

Firman Allah s.w.t :


"Katakanlah, "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah sedangkan Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu?"
(Surah Al-An'am, ayat 114)

Unsur ini membatalkan segala tuhan anggapan manusia sama ada dahulu mahupun sekarang melainkan Allah s.w.t bahkan Allah lah satu-satunya Tuhan yang disembah. Unsur ini juga menolak sesiapa yang mengaku dirinya sebagai Tuhan seperti yang berlaku kepada Fir'aun.

2. Tidak mengambil pemimpin selain daripada Allah

Firman Allah s.w.t :


"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta mereka yang tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman sebagai walinya, maka sesungguhnya parti (pengikut) Allah itulah yang pasti menang."
(Surah Al-Maidah, ayat 55 & 56)

Allah memprotes golongan musyrikin kerana mereka telah membahagikan hati mereka antara Allah dan berhala-berhala yang mereka jadikan sebagai Tuhan. Firman Allah s.w.t lagi :

"Dan di antara manusia ada yang mengambil (menyembah) selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman, mereka teramat cinta kepada Allah."
(Surah Al-Baqarah, ayat 165)

Allah tidak menerima pembahagian dalam hati orang-orang beriman. Tidak boleh sebahagian hati itu diserahkan kepada Allah sementara sebahagian yang lain diserahkan kepada para thagut. Segala kepatuhan wajib diberikan kepada Allah, pemilik segala perkara. Inilah perbezaan antara Mukmin dengan Musyrik.

3. Tidak mencari hakim selain Allah

Firman Allah Taala :

"Maka patutkah aku mencari hakim selain Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab (Al-Quran) kepadamu dengan terperinci."
(Surah Al-An'am, ayat 14)

Allah ialah Tuhan yang jika mengharamkan sesuatu, ia tetap haram. Jika menghalalkan sesuatu, ia tetap halal. Apa yang disyariatkan-Nya wajib diikuti dan apa yang telah ditentukan-Nya wajib dilaksanakan. 

Inilah sepatutnya sifat orang yang beriman terhadap Allah dan Rasul-Nya. Mereka tidak ragu-ragu untuk menerima hukum Allah dan jauh sekali merasa ingin menolak hukum-hukum tersebut. Tidak seperti yang berlaku kepada golongan Musyrik dan Munafiq, mereka tidak mahu berhukum dengan hukum Allah dan rela berhukum dengan hukum sendiri. Kesannya, negara-negara mereka penuh dengan kemaksiatan, kejahatan dan jenayah yang berleluasa, kehidupan mereka tidak bersistem walaupun kemajuan dan kemodenan mereka kuasai, mereka menjadi manusia yang tidak bertamadun walaupun mereka mengakui merekalah yang membina tamadun, mereka terus mencabul hak asasi manusia terutama wanita walaupun mereka mengatakan mereka memberi kebebasan kepada wanita-wanita mereka.

Ketiga-tiga unsur ini perlu diterapkan kepada masyarakat kita agar perkara yang berlaku di Barat tidak berlaku di negara kita dan hakikatnya, ia telah berlaku dan semakin menular.

Saya suka untuk mengambil kesimpulan yang dibuat oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

Bukanlah namanya masyarakat Islam jika kefahaman dan keimanannya kepada Allah dan Hari Akhirat menjadi kecil dan digantikan dengan kefahaman yang lain.

Bukanlah namanya masyarakat Islam jika tidak terserlah nama Muhammad s.a.w sebagai pembimbing yang maksum dan model yang diteladani.

Bukanlah namanya masyarakat Islam jika mereka meminggirkan Al-Quran sebagai sumber hidayah, perundangan dan hukum.

Bukanlah namanya masyarakat Islam jika Allah s.w.t, kitab-kitab-Nya dan para Rasul-Nya dicerca, sedangkan mereka hanya mendiamkan diri terhadap kekufuran yang nyata ini.

Bukanlah namanya masyarakat Islam jika mereka bertolak ansur dengan akidah-akidah yang lain yang menyerang akidah Islam dan

bukanlah namanya masyarakat Islam jika mereka meminggirkan akidah daripada kehidupan. Akidah tidak dijadikan penggerak atau pengaruh paling utama dalam kehidupan individu, keluarga atau kumpulan manusia sebaliknya hanya dijadikan sebagai perkara sampingan yang datang dari belakang kehidupan dan berada di tempat yang terakhir, itu pun jika masih ada tempat untuknya.

Lebih buruk lagi jika ingin dibina sebuah masyarakat yang dikaitkan dengan Islam tetapi bukan didasari akidah Islam sekalipun kononnya dikenali dengan nama Islam. Ia adalah satu bentuk manipulasi terhadap akidah sebagai perkara asas. Ia tidak bertahan lama dan akan roboh dan akan menimpa semua orang yang berada di dalamnya. Firman Allah Taala :

"Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah itu yang baik, ataupun orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama -sama dengannya ke dalam neraka Jahannam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
(Surah At-Taubah, ayat 109)

Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment